Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Ketua Pengarah Pertanian Datuk Nor Sam Alwi berkata pembukaan pasaran kelapa segar ke China menandakan peningkatan kawalan biosekuriti di samping mewujudkan elemen kebolehkesanan yang lebih sistematik.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pembukaan pasaran kelapa segar ke China menerusi protokol keperluan fitosanitari menandakan peningkatan kawalan biosekuriti di samping
00:09mewujudkan elemen keboleh kesanan yang lebih sistematik dalam pengeluaran kelapa muda berkualiti.
00:16Ketua Pegara Pertanian Datuk Nur Sam Alwi berkata Malaysia akan mengeksport kelapa muda bagi tujuan minuman segar
00:22dengan keutamaan diberikan kepada kepelbagaian kelapa wangian seperti kelapa pandan yang mempunyai aroma unik dan tahap kemanisan brix sekitar 6.7.
00:35Beliau berkata Malaysia telah mengeksport kelapa muda ke China dengan hanya berasaskan keperluan sijil fitosanitari tanpa adanya protokol khusus sebelum ini.
00:45Nur Sam berkata Jabatan Pertanian DOA menggalakkan lebih ramai pengusaha tempatan khususnya yang mengusahakan kelapa wangi seperti varaiti kelapa pandan
00:57untuk mengambil peluang dengan mendaftar ladang sumber yang dipersijilkan dengan skim pensijilan amalan pertanian baik Malaysia MyGAP dan fasiliti pemprosesan.
01:08Pengeluaran kelapa negara mencecah 624,000 tan metrik pada 2023 dan daripada jumlah itu sebanyak 6,000 tan metrik kelapa muda telah dieksport.
01:19Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan KPKM melalui Jabatan Pertanian sentiasa memberi keutamaan kepada pembangunan industri kelapa bagi tujuan meningkatkan SSR kelapa negara.

Recommended