Presiden Rusia, Vladimir Putin, mengumumkan gencatan senjata mengejut selama lebih 30 jam sempena sambutan Easter pada Sabtu, namun Ukraine mendakwa serangan artileri Rusia masih berterusan dan menuntut agar satu gencatan senjata yang tulen serta berpanjangan dilaksanakan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Presiden Rusia Vladimir Putin umum gencatan senjata mengejut selama lebih 30 jam sempena sambutan Easter pada Sabtu.
00:09Namun, Ukraine mendakwa serangan artileri Rusia masih berterusan dan menuntut agar satu gencatan senjata yang tulen serta berpanjangan dilaksanakan.
00:20Menurut Putin, langkah itu dibuat atas pertimbangan kemanusiaan bermula jam 6 petang waktu Moskow, 11 malam waktu Malaysia, Sabtu hingga tengah malam Ahad.
00:30Bagaimanapun, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menyifatkan pengumuman itu sebagai satu lagi helah Putin yang mempermainkan nyawa manusia.
00:38Beliau turut mengingatkan bahawa Rusia telah menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bulan lalu untuk kecatan senjata selama 30 hari penuh.
00:46Zelensky menyatakan kesediaan Ukraine untuk bertindak balas sekiranya Rusia benar-benar melaksanakan kecatan senjata secara penuh dan tanpa syarat.
00:54Jelasnya jika kecatan senjata benar-benar berlaku, Ukraine mencadangkan ia dilanjutkan melebihi hari Easter pada 20 April.
01:02Namun, realiti di lapangan menunjukkan sebaliknya dengan siren amaran serangat udara kedengaran di Kiev sejam sebelum kecatan senjata bermula dan sekali lagi beberapa jam selepas itu.
01:12Di wilayah Kersen, gambar dan tempatan melaporkan serangat udara Rusia berlaku sejurus sebelum dan selepas semasa kecatan senjata diumumkan.
01:22Penduduk Kiev turut menyuarakan keraguan terhadap kecatan senjata itu.
01:25Pihak Kementerian Pertahanan Rusia pula menyatakan tenteranya telah diarahkan untuk mematuhi kecatan senjata selagi ia dihormati secara timbal balik oleh Ukraine.
01:34Sementara itu, AS memberi amaran bahawa ia mungkin menarik diri daripada rundingan damai jika kedua-dua pihak tidak menunjukkan komitmen serius dalam perundingan.
01:44Trump dan setiausaha negara, Marco Rubio, menegaskan bahawa Washington memerlukan kemajuan jelas dalam rundingan dalam masa dekat.
01:51Terima kasih telah menonton!