Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Johor dan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) di Sabah tidak berubah pada pagi ini.
Transcript
00:00Jumlah mangsa banjirin masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara PPS di Johor dan Pusat Pemindahan Kekal PPK di Sabah tidak berubah pada pagi ini.
00:10Di Johor, Pengurusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata,
00:16jumlah mangsa yang masih berlindung di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak Segamat kekal 25 orang daripada 9 keluarga sehingga 8 pagi ini.
00:24Selain itu, kawasan yang masih lagi terjejas ialah Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5 Jalan Muar.
00:31Menurut Azmi, hanya Sungai Muar di Buloh Kasab, Segamat dilaporkan melebihi paras amaran dengan bacaan 8.56 meter iaitu tren menurun.
00:41Beliau berkata, cuaca di 10 daerah di Johor diramarkan cerah pada pagi ini.
00:45Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir di daerah Beaufort
00:51masih kekal 155 mangsa daripada 54 keluarga setakat pagi ini dan berlindung di PPK Selagon.
00:59Sekretariat itu dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 6 kampung masih terjejas banjir di daerah itu.

Recommended