Kementerian Pendidikan sedia melaksanakan kaedah pengjaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) semasa Sidang Kemuncak ASEAN pada Mei dan Oktober depan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kementerian Pendidikan tidak mempunyai sebarang masalah dan bersedia melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah atau PDPR
00:06semasa sidang kemuncak ASEAN pada Mei dan juga Oktober depan.
00:11Menteri Pendidikan Fadlina Siddiq berkata pelaksanaan PDPR itu adalah bagi memastikan kelancaran sidang ASEAN dan melak kesesakan jalan raya.
00:19Oh ya, memang ada perbincangan dan kita sedang mengenalpasti sekolah-sekolah yang terlibat
00:26dan untuk memastikan bahawa kelancaran ASEAN ini.
00:31Jadi itu antara perkara-perkara yang dibincangkan juga supaya untuk mengelakkan kesesakan jalan raya
00:37dan juga memastikan kelancaran program ASEAN pada yang ketiga itu sedang berlangsung.
00:43Jadi tidak ada masalah, kita bersedia untuk proses tersebut.
00:47Fadlina berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Menteri Luar Datuk S. Muhammad Hassan
00:53mengenai kerja dari rumah dan pelaksanaan PDPR semasa sidang kemuncak ASEAN pada Mei dan Oktober depan
00:59akan dibawa ke perhatian Kabinet.
01:01Cadangan berkenaan timbul berikutan kesulitan dan kekangan yang dihadapi oleh rakyat,
01:06khususnya di Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terkesan akibat penutupan jalan
01:10semasa lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia.
01:14Beliau berkata demikian selepas hadir pada Madlis Simbolik Pemakaian Lencana Jalur Gemilang
01:18di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Ahmad Badawi di Kepala Batas Pulau Pinang pada Isnin.
01:24Menyentuh mengenai pemakaian lencana Jalur Gemilang, Fadlina menjelaskan,
01:28institusi pendidikan bukan di bawah kelolaan kemencanaan itu digalak untuk turut serta.
01:33Jelas beliau ia bagi memastikan inisiatif itu turut didokong semua pihak
01:37dalam usaha memupuk semangat patriotism dan cintakan negara
01:40serta memperkukuh jati diri dalam kalangan pelajar.
01:43Pemakaian Jalur Gemilang pada hari ini berjalan dengan sempurna dan lancar.
01:50Jadi sekali lagi terima kasih kepada semua.
01:53Moga mudah-mudahan dengan adanya iltizam dan semangat serta komitmen seperti ini
01:59kita akan dapat terus melahirkan generasi madani yang lebih kuat jati dirinya
02:04dan akan terus memastikan bahawa martabat negara itu khususnya juga tentang penghormatan kepada bendera ini
02:11diberikan tumpuan dan juga penghormatan yang sewajarnya.