Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
KKM mengeluarkan 37,381 notis atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok 2024, dengan 116 kes dibawa ke mahkamah dan 11,563 produk merokok disita bernilai RM266,833.
Transcript
00:00Kementerian Kesihatan Malaysia KKM mengeluarkan 37,381 notis atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2024 Akta 852 sejak dikuatkuasakan 1 Oktober 2024 hingga 31 Mac lepas.
00:17Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Awam Dr. Nur Hayati Rusli, jumlah itu direkodkan hasil daripada 10,212 operasi yang dijalankan di seluruh negara.
00:30Katanya sebanyak 116 kes telah dibawa ke mahkamah melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 7-1 Larangan Pengiklanan Produk Tembakau, Seksyen 9-1 Larangan Promosi atau Tajaan Produk Tembakau, Seksyen 10-1 Larangan Penjualan Produk Tembakau, Seksyen 11-1 Larangan Penjualan Produk Tembakau Tiruan dan Seksyen 12-1 Larangan Produk Tembakau sebagai pemberian hadiah.
00:53Dalam tempoh itu juga, KKM menyita 11,563 produk merokok bernilai RM266,833.
01:02KKM telah melaksanakan penguatkuasaan pendidikan kepada 206,657 individu yang mempunyai kaitan dengan jualan rokok bagi memastikan mereka memahami dan mematuhi penguatkuasaan Akta 852.
01:13Dr. Nur Hayati berkata KKM memandang serius kesalahan merokok di permis yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan sekaligus akan memperhebat operasi berkaitan di seluruh negara tahun ini.

Recommended