Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Serangan dron skala besar oleh Rusia pada waktu malam menyebabkan kebakaran dan kerosakan serius ke atas kawasan perumahan di Odesa, Ukraine. Pasukan penyelamat dikejarkan ke lokasi, dengan jumlah mangsa masih dalam siasatan. Odesa terus menjadi sasaran utama dalam konflik berpanjangan antara Ukraine dan Rusia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kawasan kediaman di pelabuhan Laut Hitam Odessa, Ukraine didakwa diserang secara besar-besaran oleh drone Rusia dalam serangan waktu malam yang mencetuskan kebakaran dan menyebabkan kerosakan teruk kepada banyak unit pangsapuri.
00:13Menurut kenyataan rasmi pihak berkuasa tempatan awal pagi selasa, pasukan penyelamat telah digerakkan ke lokasi terjejas. Usaha untuk mengenalpasti jumlah mangsa juga turut sedang dijalankan.
00:22Rakaman video yang dikeluarkan oleh perkhidmatan kecemasan negeri Ukraine di wilayah Odessa menunjukkan anggota bomba memadamkan api dari sebuah bangunan yang terbakar manakala kenderaan penyelamat dilihat tiba di lokasi kejadian.
00:35Odessa yang mempunyai tiga pelabuhan utama telah menjadi sasaran tetap dalam konflik berterusan antara Ukraine dan Rusia yang kini memasuki tahun keempat.

Recommended