Polis Bangladesh memohon notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina, yang dikehendaki berhubung tuduhan terlibat dalam pembunuhan ratusan orang semasa bantahan pelajar sehingga memaksanya meletak jawatan dan melarikan diri tahun lalu.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Polis Bangladesh memohon notis merah polis antarabang se-Interpol terhadap bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina yang dikehendaki berhubung tuduhan terlibat dalam pembunuhan ratusan orang semasa bantahan pelajar sehingga maksanya meletak jawatan dan melarikan diri tahun lalu.
00:15Gerakan yang dipimpin pelajar bermula dengan tunjuk perasaan aman yang dicetuskan oleh bantahan terhadap kota pekerjaan sektor awam.
00:22Namun dua minggu kemudian tunjuk perasaan itu ditangani dengan tindakan ganas oleh pasukan keselamatan yang mengakibatkan lebih 600 orang terbunuh menurut anggaran pertubuhan bangsa-bangsa bersatu.
00:34Kematian itu mencetuskan kebangkitan nasional yang memaksa Hasina meletak jawatan dan melarikan diri ke India pada awal Ogos menamatkan 15 tahun pemerintahannya.
00:41Menjelang Oktober, Tribunal Junaian Antarabangsa Bangladesh telah mengeluarkan warang tangkap terhadap Hasina dan lebih 40 individu lain yang dikaitkan dengan pembunuhan semasa bantahan.
00:50Menurut penolong Inspektor General di Ibu Jawab Polis Bangladesh, bantuan daripada Interpol diminta bagi menahan individu yang dituduh dalam kes ini, Sheikh Hasina.
00:59Notis merah yang dikeluarkan oleh Interpol berfungsi sebagai permintaan kepada penguatkuasa undang-undang di seluruh dunia untuk menahan individu yang mempunyai warang tangkap daripada negara anggota.
01:08Polis Bangladesh juga memohon notis merah terhadap 11 individu lain dikaitkan dengan pembunuhan semasa bantahan termasuk situs agung Liga Awami Hasina dan bekas menteri dalam negeri.