Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Jakarta dan Sumatera Barat akan mempromosikan Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) Malaysia kepada pelajar-pelajar tempatan. Jelasnya, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan universiti-universiti teknikal Malaysia akan mendapat manfaat daripada kerjasama yang terjalin ini.
Transcript
00:00Ini tumpuan kepada Jakarta dan juga Sumatera Barat.
00:04Untuk pasaran Jakarta sendiri, surat hasrat itu ditandatangani dan ditukarkan oleh Rano Karno.
00:16Kita kenal beliau dulu adalah pelakon yang hebat, kini beliau adalah wakil ataupun timbalan Governor Jakarta.
00:24Saya kenal beliau secara peribadi daripada zaman beliau muda lagi dan bukan kerana itu kita mahu memproposikannya.
00:32Namun beliau sangat dekat dengan Malaysia dan beliau akan membantu untuk mengajak pelajar-pelajar daripada Jakarta belajar di Uni KL.
00:45Begitu juga Governor Sumatera Barat.
00:48Boleh kerana Sumatera Barat dan Semenanjung Malaysia itu terlalu dekat.
00:54Jadi beliau juga berhasrat untuk mempromosikan Uni KL.
01:00Dan tentunya beliau sangat komited dan saya yakin banyak lagi universiti-universiti lain yang harus mempromosikan produk masing-masing.
01:14Namun kita mempunyai enam buah universiti teknikal yang kita gabungkan yang dikenali sebagai Amtun, Malaysian Technical University Networks yang memberikan tumpuan kepada subjek divet di mana keboleh pasarannya dan penerimaan oleh industri cukup tinggi.
01:36dan ini amat difahami oleh Jakarta dan juga Sumatera Barat.

Recommended