Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Penolong pegawai perubatan direman kemuka butir matan palsu RM1.5 juta

Seorang penolong pegawai perubatan di sebuah Pejabat Kesihatan di Melaka direman tujuh hari bermula Rabu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengemukakan butir matan palsu bernilai kira-kira RM1.5 juta, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Perintah reman sehingga Selasa depan itu dikeluarkan oleh Majistret Uthman Abd Ghani selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di Melaka.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724578/berita/semasa/penolong-pegawai-perubatan-direman-kemuka-butir-matan-palsu-rm15-juta

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #Reman

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang penolong pegawai perubatan di sebuah pejabat kesihatan di Melaka
00:03direman tujuh hari bermula Rabu bagi membantu siasatan berhubung
00:07dakwaan mengemukakan butir matan palsu bernilai kira-kira 1.5 juta ringgit.
00:14Perintah Rehman sehingga selasa depan itu dikeluarkan oleh Magistrat Uthman Abdul Ghani
00:19selepas membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Magistrat Melaka.
00:24Menurut sumber, suspek lelaki berusia 47 tahun dipercayai terbabit
00:29dalam pengemukaan butir palsu melibatkan kerja-kerja perolehan peralatan dan bukan perubatan
00:34yang sebenarnya tidak dilaksanakan sepenuhnya.
00:38Suspek ditahan kira-kira jam 2.28 petang pada selasa ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka.
00:46Difahamkan, suspek bertanggungjawab meluluskan perolehan kepada kontraktor
00:51namun kemudiannya mengambil keseluruhan wang berjumlah 1.5 juta ringgit
00:56dan membeli barangan melalui platform e-dagang yang tidak menepati spesifikasi serta kualiti sepatutnya.
01:03Sementara itu, pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Syafi'i ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
01:11Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
01:15Terima kasih kerana menonton!
01:22Terima kasih kerana menonton!
01:22Terima kasih kerana menonton!

Recommended