Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak di Jalan Ayer Jerneh terbakar sekitar jam 9 malam Isnin. Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kuala Lumpur mengesahkan kejadian tersebut. Kesemua 91 pelajar yang berada di lokasi kejadian telah ditempatkan di sebuah dewan sekolah berkenaan.
Transcript
00:00Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Tinggi Setapak di Jalan Air Jernih Ibu Negara dilaporkan terbakar sekitar jam 9 malam Isnin.
00:09Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Kuala Lumpur mengesahkan kejadian tersebut.
00:16Bercakap kepada Isra Awani, Pusat Gerakan Operasi JBPM KL memaklumkan susulan insiden itu,
00:21anggota dari Balai Bomber dan Penyelamat BBP Setapak bersama bantuan daripada BBP Sentul, BBP Jalan Hangtuah dan BBP Gombak Selatan dikerahkan dengan kekuatan seramai 40 orang anggota lain-lain.
00:34Difahamkan terdapat 91 orang pelajar berada di lokasi kejadian.
00:38Kebakaran tersebut telah menyebabkan kemusnahan sebanyak 80% bahagian asrama pelajar lelaki di tingkat 1.
00:46Kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.40 malam.
00:50Tiada mangsa yang terlibat dan semasa kejadian, kesemua pelajar sedang berada di Surau.
00:56Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia.

Recommended