Dua rakan dijel curi duit tabung surau, masjid
Dua rakan dihukum penjara 15 bulan dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Selasa selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mencuri duit kutipan tabung masjid dan surau sejak 5 April lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Tertuduh, Muhammad Hafiez Kamarudin, 30, dan Muhammad Hakimi Aiman Asbullah, 19, membuat pengakuan itu di hadapan
Majistret, Sharda Shienha Mohd Suleiman.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #curitabungmasjidsurau

Category
🗞
NewsTranscript
00:00Dua rakan dihukum penjara 15 bulan dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Magistrat Ayyar Keroh pada selasa selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mencuri duit kutipan tabung masjid dan surau sejak 5 April lalu.
00:13Tertuduh Muhammad Hafiz Kamaruddin, 30 tahun, dan Muhammad Hakimi Aiman Azbullah, 19 tahun, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Magistrat Sharda Shenhe Muhammad Suleiman.
00:25Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama didapati dengan niat curang telah mencuri duit tabung masjid dan memecah masuk masjid kesemuanya dalam daerah Melaka Tengah antara 5 April 2025 hingga 13 April lalu.
00:39Kesalahan itu dilakukan di Masjid As Sobirin, Kampung Gelam, Surau Arno, Taman Sri Kerubong dan Masjid Al-Hilal, Pantai Rombang, Tanjung Keling mengakibatkan kerugian keseluruhan duit tabung berjumlah RM2,060.
00:52Atas kesalahan mencuri, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Sama.
01:02Manakala, bagi kesalahan pecah bangunan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.