Negara Selatan Global perlu bergerak melangkaui kebiasaan lama dalam sistem dunia dan memainkan peranan lebih aktif untuk membentuk sistem pelbagai hala yang lebih adil dan inklusif.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Negara selatan global perlu bergerak melangkaui kebiasaan lama dalam sistem dunia dan memainkan peranan lebih aktif untuk membentuk sistem pelbagai hala yang lebih adil dan inklusif.
00:12Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan berkata, peningkatan tarif pelindungan sejak kebelakangan ini bukan sahaja mengancam sistem pelbagai hala, malah menunjukkan sistem lama semakin tidak relevan.
00:23Berucap pada mesyuarat Menteri-Menteri Luar BRICS di Rio de Janeiro, Brazil pada selasa, Muhammad berkata kestabilan dan keselamatan ekonomi dunia yang sebelum ini dijanjikan kuasa besar kini terjejas.
00:37Katanya negara-negara membangun kini perlu dilihat sebagai pemain penting dalam perubahan sistem dunia bukan lagi sekadar pemerhati.
00:46Malah beliau turut menekankan peranan ASEAN yang semakin besar dengan gabungan keluaran dalam negara kasar sebanyak 3.8 triliun dolar Amerika dan lebih 677 juta penduduk.
01:00Sebagian itu sebagai pengurusi ASEAN tahun ini, Malaysia membawa strategi serantau yang menekankan kesepaduan ekonomi dan kepelbagaian strategi.
01:09Antara keutamanya termasuk memperkukuh perdagangan dalam rantau dan mempertingkat daya tahan rantaian bekalan.
01:18Menurut beliau, usaha itu juga boleh menjadi panduan kepada negara-negara BRICS dalam mengimbangi kemakmuran dan kelestarian.
01:25Muhammad menyifatkan BRICS bukan sekadar satu platform, sebaliknya satu kuasa yang berupaya menjadi pencetus kepada sistem dunia baru yang lebih adil dan berkesan.
01:36Beliau turut menegaskan, Malaysia bersedia bekerjasama dengan mana-mana negara yang berkongsi visi untuk mewujudkan sistem dunia lebih adil, inklusif dan pelbagai hala.
01:48Terima kasih telah menonton!