Ketika mencapai 100 hari pentadbiran, Trump bergelut menjelaskan data KDNK yang lemah dengan menyalahkan faktor luar dan mendakwa pemulihan ekonomi sedang berlaku.
Category
🗞
NewsTranscript
00:01Seterusnya Presiden Donald Trump menyeru rakyat bersabar dan menyalahkan pentadbiran terdahulu selain mendakwa wujud kejayaan tersendiri di sebalik berdepan penyusutan ekonomi AS pada suku pertama serta tekanan tarif yang telah menjejaskan popularitinya.
00:17Beliau turut menyatakan bahawa kebangkitan semula ekonomi akan berlaku dalam masa terdekat.
00:22Data awal keluaran dalam negara kasar KDNK yang diterbitkan oleh Jabatan Perdagangan AS menunjukkan penurunan bagi suku pertama.
00:32Ia penurunan pertama dalam tempoh tiga tahun yang berpunca daripada tindakan syarikat mengimport barangan dalam jumlah besar bagi mengelakkan kenaikan kos akibat tarif yang dirancang Trump.
00:43Walaupun angka rasmi menunjukkan penyusutan, sebahagian ahli ekonomi menekankan bahawa perbelanjaan pengguna dan pelaburan swasta kekal kukuh sekaligus menunjukkan potensi pertumbuhan semula dalam suku-suku berikutnya sekadanya faktor luaran dapat dikawal.
00:58Trump dan barisan pembantunya dilihat bergelut untuk menyampaikan mesej yang konsisten berhubung angka KDNK itu kerana mereka secara serentak menyalahkan pentadbiran Biden atas kemerosotan tersebut tetapi juga mendakwa pencapaian itu hasil dasar Trump sendiri.
01:14Trump menjelaskan kepada media bahawa angka tersebut wujud kerana kelemahan yang diwarisi daripada pendahulunya.
01:20Beliau secara langsung merujuk kepada Joe Biden walaupun tanpa memberikan penjelasan lanjut mengenai kaitan khusus antara pentadbiran lalu dan data semasa.
01:30Beliau menambah data ekonomi tersebut terkesan akibat faktor teknikal seperti import, inventory dan perbelanjaan kerajaan yang memainkan peranan besar dalam pengiraan KDNK.