Presiden Donald Trump memberi amaran bahawa syarikat farmaseutikal asing di Amerika Syarikat bakal dikenakan tarif tinggi selepas tempoh masa tertentu sebagai langkah melindungi industri tempatan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi amaran bahawa syarikat pharmaceutical yang beroperasi di Amerika Syarikat akan dikenakan halangan tarif selepas tempoh tertentu jika mereka gagal memidahkan pengeluaran ke dalam negara.
00:14Ini merupakan satu langkah yang dijangka menjadi sebahagian daripada dasar baharu dalam penggal kedua pentadbirannya.
00:20Trump menjelaskan dasar tarif tersebut bertujuan mengurangkan kebergantungan Amerika terhadap bekalan ubat dari luar negara serta memperkukuh sektor pharmaceutical domestik.
00:32Kenyataan Trump mengenai tarif ini menerima reaksi bercampur-campur daripada kalangan syarikat pharmaceutical, pelabur dan kumpulan pengguna yang bimbang terhadap kesan harga dan rantaian bekalan.
00:43Syarikat pharmaceutical utama seperti Merck telah mula bertindak balas dengan mengumumkan pelaburan baru bernilai sekitar $1 bilion Amerika bagi membina kemudahan pengeluaran di Delaware.
00:55Pada masa sama syarikat antarabangsa seperti Roshi dari Switzerland sedang mengadakan perbincangan langsung dengan pentadbiran Trump untuk mendapatkan pengecualian tarif sambil menegaskan bahawa imbangan ekspor dan import mereka menjadikan kedudukan mereka neutral dari segi tarif.
01:12Menurut laporan oleh firma perunding Ernst & Young, pelaksanaan tarif sebanyak 25% ke atas produk pharmaceutical import boleh meningkatkan kos ubat tahunan di Amerika Syarikat hampir $51 bilion Amerika.
01:26Langkah tersebut juga berpotensi menyebabkan kenaikan harga sehingga 13% jika syarikat memilih untuk memedahkan beban kos kepada pengguna.