Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
FMM menggesa kerajaan merangka pelan nasional perumahan pekerja bagi atasi kekurangan kemudahan berpusat dan sementara yang jejas kebajikan serta pematuhan undang-undang industri.
Transcript
00:00Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia FMM menggesa kerajaan supaya segera merangka pelan tindakan nasional bagi menangani kekurangan siris kemudahan perumahan pekerja berpusat dan sementara.
00:12Presiden FMM, Tan Sri Soh Tian Lai, menegaskan bahawa masalah ini amat ketara di kawasan perindustrian utama seperti hub logistik yang sedang pesat membangun di seluruh negara.
00:23Beliau menjelaskan kekurangan kemudahan ini bukan sahaja menjejaskan kebajikan pekerja, malah menyukarkan majikan untuk mematuhi Akta 446 yang menetapkan piawaian minimum perumahan, penginapan dan kemudahan pekerja.
00:38FMM menegaskan isu ini perlu ditangani segera kerana ia memberi tekanan kepada industri dan penyelesaian menyeluruh yang melibatkan kerjasama kerajaan pusat, pihak berkuasa tempatan dan sektor swasta amat diperlukan.
00:51Gesaan FMM ini dibuat susulan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menekankan keperluan menaik taraf standar perumahan pekerja dan menyatakan bahawa konsep satu bilik satu tandas tidak lagi relevan dengan keperluan masa kini.
01:05FMM menyambut baik kenyataan Perdana Menteri itu dan menganggapnya sebagai satu komitmen yang jelas bahawa kebajikan pekerja harus menjadi keutamaan dalam agenda pembangunan negara.
01:15Sebagai langkah segera, FMM mencadangkan beberapa tindakan seperti memcepatkan proses kelulusan pembinaan perumahan pekerja, memberi insentif kepada pemaju dan majikan untuk membina atau menaik taraf kemudahan penginapan serta menggalakkan model kerjasama awam swasta yang strategik.
01:32FMM turut menekankan bahawa pembangunan ekonomi negara mesti diselaraskan dengan perlindungan sosial yang menyeluruh dan pihaknya komited untuk bekerjasama dengan kerajaan demi mewujudkan ekosistem pekerjaannya adil, mampan dan berdaya tahan.
01:46Terima kasih telah menonton!

Recommended