Sebuah kapal misi kemanusiaan, Freedom Flotilla, dilaporkan diserang oleh dron pada jam 12.23 tengah malam waktu tempatan Malta ketika berada di perairan antarabangsa berhampiran negara itu.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Sebuah kapal misi kemanusiaan Freedom Flotilla dilaporkan diserang oleh drone pada jam 12.23 tengah malam waktu tempatan Malta ketika berada di paairan antarbangsa berhampiran negara itu.
00:14Menurut kenyataan yang dikongsikan di telegram Freedom Flotilla Coalition, FFC, serangan tersebut menyasarkan bahagian hadapan kapal sebanyak dua kali, penyebabkan kebakaran dan kerusakan serius pada badan kapal.
00:25Menurut kenyataan daripada pasukan misi, serangan itu turut memusnahkan penjana elektrik kapal yang kini berdepan risiko untuk karam.
00:35Terdapat seramai 30 aktivis hak asasi manusia antarbangsa berada di atas kapal tersebut ketika kejadian berlaku.
00:43Satu isyarat kecemasan SOS telah dihantar segera selepas serangan. Setakat ini hanya Cyprus yang memberi maklum balas dengan menghantar sebuah kapal ke lokasi kejadian.
00:52Namun bantuan yang diterima tidak mencukupi kerana kapal bantuan tersebut tidak dapat menyediakan sokongan elektrik kritikal yang diperlukan bagi menstabilkan kapal.
01:02Tidak ada pihak setakat ini tampil mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.
01:06Misi Freedom Flotilla sebelum ini dikenali sebagai inisiatif kemanusiaan yang membawa bantuan kepada kawasan bergolak termasuk Palestine.
01:13Justru pihak berkuasa antarbangsa digesel untuk segera campur tangan bagi memastikan keselamatan para aktivis dan peneliti insiden yang disifatkan sebagai serangan kejam terhadap misi kemanusiaan di perairan antarbangsa.
01:26Terima kasih telah menonton!