Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Tourism Malaysia mengadakan Sesi Libat Urus Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) di Langkawi, bertujuan memperkukuh strategi promosi, produk pelancongan, dan kerjasama antara sektor awam dan swasta.
Transcript
00:01Turisme Malaysia terus memperkukuh kesiapsiagaan industri pelancongan negara menerusi penganjuran sesi libat urus tahun melawat Malaysia 2026 atau VM 2026 yang berlangsung dilangkaui pada ahad.
00:16Timbalan Ketua Pengarah Perancangan Turisme Malaysia Syahrin Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, sesi libat urus bersama penggiat industri pelancongan itu bertujuan merancangkan pelaksanaan strategi promosi.
00:30Antara lain pemantapan produk pelancongan serta pengukuhan kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam menyokong matlamat VM 2026.
00:41Katanya pemilihan tima Malaysia destinasi lestari dan kaya budaya mencerminkan aspirasi negara.
00:49Ini bagi menampilkan Malaysia sebagai destinasi eksklusif yang mengimbangi pembangunan pelancongan dengan pemeliharaan warisan alam dan budaya.
00:58Ujarnya Pulau Langkawi sememangnya destinasi pelancongan bertaraf dunia, terkenal dengan keindahan alam semula jadi, pantai yang mempersonakan serta kepelbagaian flora dan fauna.
01:10Selain diiktiraf sebagai UNESCO Global Geopark, pulau ini juga mengutamakan nilai kelestarian dalam pembangunan pelancongannya.
01:19Sementara itu, Syarine berkata komitmen berterusan Kerajaan Negeri Kedah dalam memperkukuh pelancongan hijau menjadikan langkawi antara destinasi utama dalam menyemarakkan sambutan VM 2026.
01:33.
01:37.
01:40.
01:43.

Recommended