Datuk itu, yang berusia 60-an, ditahan bersama seorang lagi suspek berusia 50-an ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada 7 malam semalam.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Lelaki bergelar datuk yang dibebaskan daripada tahanan reman Sabtu lepas sekali lagi direman oleh Suruhanjaya Penjagaan Rasuah Malaysia SPRM kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu membabitkan kira-kira RM450 juta.
00:16Datuk itu yang berusia 60-an ditahan bersama seorang lagi suspek berusia 50-an ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada tujuh malam Ahad.
00:27Perintah reman dikeluarkan pendaftar Mahkamah Magistrit Putrajaya Siti Rosliza Wati Mohd Zanin pada Isnin.
00:36Menurut sumber SPRM, perintah reman ke atas datuk itu dikeluarkan selama dua hari hingga selasa menekala seorang lagi suspek direman selama lima hari hingga 9 Mei ini.
00:47Katanya siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM450 juta yang menggunakan dana sukuk dan mendapatkan fasiliti dari sebuah pejabat wilayah dalam sebuah projek pembinaan leboraya di Lembah Kelang bernilai kira-kira RM1.3 bilion.
01:08Tangkapan ini adalah susulan daripada tangkapan sebelum ini yang melibatkan tuntutan butir matan palsu bernilai kira-kira RM360 juta dan jumlah keseluruhan tuntutan palsu ini bernilai kira-kira RM800 juta.
01:23Beliau juga berkata seramai lima individu telah ditahan reman berkaitan kes tuntutan itu dan empat daripadanya dibebaskan dengan jaminan SPRM minggu lalu.
01:33Pengarah kanan bahagian siasatan Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.