Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Warga Singapura didakwa miliki, edar dadah lebih 10kg

Seorang lelaki warga Singapura dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Johor Bahru pada Selasa atas lima pertuduhan memiliki dan mengedar pelbagai jenis dadah dengan berat lebih 10 kilogram (kg) di Danga Bay, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.

Pertuduhan terhadap Tan Ban Choon, 47, dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim namun tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726928/berita/semasa/warga-singapura-didakwa-miliki-edar-dadah-lebih-10kg

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Dadah #EdarDadah #Singapura
Transcript
00:00Seorang lelaki warga Singapura dihadapkan ke Mahkamah Session di Johor Bahru pada selasa atas lima pertuduhan memiliki dan mengedah pelbagai jenis dadah dengan berat lebih 10 kg di Dange Bay bulan lalu.
00:12Pertuduhan terhadap Tan Ben Choon, 47 tahun dibacakan di hadapan Hakim Muhammad Khalid Abdul Karim namun tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes itu di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
00:23Mengikut pertuduhan pertama, Tan didakwa mengedah dadah jenis Methylenadeoxyntam vitamin MDMA seberat lebih 10 kg.
00:32Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 39B-1-A Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B-2 Akta Sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 15 kali jika sabit kesalahan.
00:51Tertuduh turut berdepan empat lagi pertuduhan memiliki dadah jenis heroin seberat 9 gram, kanabis 44 gram, serbuk MDMA 6 gram dan ketamin seberat 31 gram di lokasi, tarik dan masa yang sama iaitu sekitar jam 10 malam pada 23 April lalu.
01:08Pertuduhan bagi kesalahan itu dibuat mengikut Seksyen 12-2 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12-3 Akta Sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
01:27Manakala, bagi kesalahan memiliki kanabis pula, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A yang membawa hukuman penjara minimum 2 tahun dan maksimum 5 tahun serta tidak kurang 3 sebatan dan tidak lebih 9 sebatan.
01:45Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 29 Julai depan untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia.
01:52Terima kasih kerana menonton!

Recommended