Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Rancangan pemindahan paksa oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dikecam oleh Ahli Kongres Amerika Syarikat, Rashida Tlaib.

Tindakan ini dianggap sebagai langkah ke arah pembersihan etnik rakyat Palestin.
Transcript
00:00Ahli Kongres Amerika Syarikat Rashida Tlaib mengecam rancangan pemindahan paksa oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
00:07Menerusi satu hantaran DX, Rashida mendakwa tindakan itu sebagai pembersihan etnik rakyat Palestine.
00:15Rashida mengutuk tindakan tersebut sebagai satu genosid dan bertegas dunia tidak boleh berdiam diri terhadap situasi yang semakin memburuk di Gaza.
00:24Ahli Kongres berketurunan Palestine itu berkata pemindahan paksa lebih 2 juta penduduk Gaza adalah sebahagian daripada agenda lama Israel.
00:35Ia bertujuan menghapuskan identiti Palestine dari tanah air mereka.
00:39Dalam kritikannya itu, Rashida juga menyelar mereka yang hanya bersuara mengecam pelajar yang bantah jenosid namun diam terhadap kekejaman dilakukan secara terang-terangan.
00:50Netanyahu sebelum ini mengumumkan rancangan pemindahan penduduk Palestine dalam perasi ketenteraan yang lebih besar.
00:58Sekatan ketat turut dikenakan ke atas Gaza selama lebih 65 hari.
01:02Terima kasih kerana menonton!

Recommended