Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan bahawa serangan balas terhadap pemberontak Houthi akan dilakukan secara berterusan susulan pelancaran peluru berpandu ke arah Israel. Dalam kenyataan pada Selasa, Netanyahu berkata Israel telah melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas pelabuhan Hodeidah dan lapangan terbang antarabangsa Sana’a di Yaman. Serangan ini, katanya, bertujuan melumpuhkan infrastruktur pelancaran peluru berpandu yang disokong Iran. Netanyahu turut memberi amaran kepada Iran bahawa Israel akan "menyelesaikan kira-kira" dengan mana-mana pihak yang menyerang negaranya.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa serangan terhadap Israel tidak akan dibalas dengan satu tindakan sahaja, tetapi akan menerima beberapa serangan besar.
00:12Netanyahu berkata demikian pada selasa selepas tentera udara Israel menyerang lapangan terbang antarabangsa sana di Yemen, serangan kedua untuk hari kedua terhadap kumpulan Houthi yang disokong Iran.
00:21Katanya serangan pertama terhadap pelabuhan Hodeidah dan serangan kedua di lapangan terbang di sana adalah susulan lokasi itu menjadi fasiliti utama yang membolehkan pelancaran serangan udara ke arah Israel.
00:33Ketegangan meningkat sejak peluru berpandu Houthi mendarat berhampiran lapangan terbang Ben-Gorin, Israel pada Ahad.
00:40Serangan balas Israel bertujuan untuk melumpuhkan keupayaan pelancaran peluru berpandu oleh Houthi yang didakwa tidak mungkin bertindak tanpa kelulusan dan sokongan Iran.
00:49Netanyahu juga memberi amaran akan menyelesaikan dengan sesiapa saja yang menyerang Israel.