Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Sepasang suami isteri direman tujuh hari oleh mahkamah sesion air keruh selepas dipercayai mendera bayi lelaki mereka yang baru berusia dua bulan.
00:19Polis merakam keterangan lima individu bagi membantu siasatan kes pelajar lelaki yang menjadi mangsa buli dan pukul pelajar lain di sebuah sekolah di USJ4 Subang Jaya minggu lalu.
00:32Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa melakukan aktiviti mendaki di Bukit Lagom Gombak pada Selasa ditemui selamat oleh orang awam awal pagi Rabu.
00:41Jenazah pendaki rakyat Malaysia Rennie Abdul Ghani yang meninggal dunia selepas terjatuh di laluan Torian Gunung Binjani di Pulau Lombok Sabtu lalu selamat dikebumikan.
00:53Seorang anggota polis trafik berpangkat Lance Corporal dari Bukit Aman didakwa di Mahkamah Magistrit Kuching atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di jalan Stephen Young bulan lalu.
01:03Dasar bekerja dari rumah bagi pegawai awam akan terus dilaksanakan secara fleksibel khususnya sempena sidang kemuncak ASEAN bulan ini.
01:13Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan bersedia mempertahankan jawatan timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat pada pemilihan kali ini.
01:22India melancarkan operasi Sindor yang menyaksikan serangan peluru berpandu ke atas beberapa bandar di Pakistan termasuk Jamu dan Kashmir.
01:31Nuai Perdana Menteri Cina Hei Li Feng akan mengadakan perbincangan dengan setiusaha perbendaharaan Amerika Syarikat Scott Besson dalam lawatannya ke Switzerland dari 9 hingga 12 Mei ini.
01:44Pelakon popular Indonesia Luna Maya selamat di ijab Kabul dengan kekasih hatinya juga seorang pelakon Maxim Butia.
02:01Terima kasih telah menonton!