Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Tiga mangsa yang menjadi serangan India di Pakistan disolatkan di Punjab.

Keadaan hiba menyelubungi ruangan solat apabila sebahagian mereka dilihat menangis teresak-esak.
Transcript
00:00Sebilangan pegawai tentera dan penduduk tempatan pada Rabu mengadakan solat jenazah ke atas mangsa yang terbunuh dalam serangan dilakukan India di punjak Pakistan.
00:10Menerusi satu rakaman, kesemua jenazah diletakkan dalam keranda yang dibalut dengan bendera Pakistan.
00:17Keadaan hibah menyelubungi ruangan apabila sebahagian mereka yang menyempurnakan ibadah itu dilihat menangis teresak-esak.
00:24Imam juga dilihat melantunkan ayat suci Al-Quran dalam keadaan pilu.
00:29Ketiga-tiga jenazah disolatkan merupakan mangsa serangan dilancarkan India ke atas sembilan lokasi dakwa infrastruktur pengganas di Pakistan.
00:39Islamabad pula menyatakan enam lokasi di Pakistan disasarkan namun tiada satu pun daripadanya merupakan kamp militan.
00:47Menurut jurucakap tentera Pakistan, sesulang konflik 26 orang awam terbunuh dan 46 lagi cedera.

Recommended