Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Datuk Seri Tiong King Sing berkata pada masa ini, hanya syarikat penerbangan Saudia yang mengendalikan penerbangan ke Malaysia manakala kapasiti Malaysia Airlines banyak diperuntukkan kepada jemaah haji dan umrah.
Transcript
00:00Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Motex sedang berbincang dengan Malaysia Airlines, AirAsia dan Batik Air bagi meningkatkan jumlah penerbangan terus antara Malaysia dan Arab Saudi.
00:11Menterinya Datuk Seri Tiong King Singh berkata terdapat penurunan ketara dalam kumpulan pelancong korporat antara kedua-dua negara terutamanya disebabkan kekurangan pilihan penerbangan.
00:21King Singh dalam kemas kini di Facebook berkata ketika ini hanya syarikat penerbangan Saudi yang mengendalikan penerbangan ke Malaysia, manakala kapasiti Malaysia Airlines banyak diperuntukkan kepada jemaah haji dan umrah.
00:35Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan ketiga-tiga syarikat penerbangan ini untuk menambah penerbangan terus bagi pasaran pelancongan.
00:43Selain itu, King Singh mengalakkan syarikat pelancongan dan pengembaraan Al-Ahram untuk bekerjasama dengan syarikat penerbangan berkenaan sebagai ejen mereka.
00:52King Singh turut mengadakan pertemuan dengan pengasas dan ketua pegawai eksekutif ATTC Adnan Omar Al-Abbas semasa lawatannya ke Arab Saudi.
01:01Dalam pertemuan itu, Adnan menyatakan harapan untuk memperluas kerjasama perniagaan dengan Malaysia termasuk mewujudkan lebih banyak penerbangan terus dari Arab Saudi ke Kuala Lumpur dan kemungkinan sambungan ke Singapura atau Australia.
01:15Muatak turut mengalakkan pengusaha hospitaliti tempatan untuk bekerjasama dengan ejen di Arab Saudi bagi mempromosikan pelancongan perubatan.
01:23Sementara itu, King Singh memaklumkan satu persetujuan telah dicapai menerusi sidang telefon dengan panda supermarket antara rangkaian peruncitan terbesar di Asia Barat untuk mempromosikan pelancongan Malaysia di Arab Saudi.
01:37Terima kasih telah menonton!

Recommended