Tan Sri Sharifah Zarah Syed Ahmad terima Anugerah Khas Kecemerlangan Sepanjang Hayat
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Tan Sri Dr. Sharifah Zarah Said Ahmad menerima anugerah khas kecemerlangan sepanjang hayat dalam Majlis Anugerah FemForward 2025 yang berlangsung pada Rabu malam.
00:12Ia sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan luar biasa beliau dalam kepimpinan dan pembangunan wanita di Malaysia.
00:19Women in Logistics and Transport, WILAD dalam kenyataan berkata, penganugerahan FemForward 2025 disampaikan kepada wanita daripada pelbagai bidang.
00:30Ia sekaligus menjadi simbol penghargaan terhadap ketukuhan, dedikasi dan pencapaian mereka dalam sektor-sektor penting negara.
00:39FemForward 2025 menjadi platform inklusif yang akan dijadikan acara tahunan menghimpunkan pemimpin wanita, usahawan, profesional dan aktivis komuniti.
00:50Ini bagi memperkukuh jaringan kerjasama, memacu tindakan kolektif dan memperjuangkan aspirasi wanita ke arah masyarakat yang lebih progresif dan sejahtera.
01:00Majlis turut diserikan dengan kehadiran pengurusi hawa Malaysia merangkap pengurusi jawatan kuasa perundingan wanita dalam ekspor dan perindustrian, WITI, Tanswi Syahrizat Abdul Jalil.
01:10Syahrizat dalam ucapan menegaskan dedikasi dan semangat wanita memungkinkan pihaknya berhimpun bagi mengiktiraf sumbangan wanita yang tidak ternilai dalam pelbagai aspek kehidupan.
01:21Pada masa sama, satu forum khas bertajuk memacu kecemerlangan ESG juga diadakan menghimpunkan tokoh industri, pemimpin korporat dan pakar alam sekitar sosial dan tatbir urus.
01:34Terima kasih kerana menonton!
01:37Terima kasih kerana menonton!
01:38Terima kasih kerana menonton!