Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Lima bulan tak terima gaji, 55 pekerja asing diselamatkan

Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing sebelum diselamatkan dalam Op Pintas Mega Pemerdagangan Orang di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Pengkalan 2, Pusing, di Batu Gajah pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed.

Operasi yang dijalankan oleh sepasukan 96 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Perak dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri itu turut menyelamatkan enam pekerja tempatan termasuk tiga wanita.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727368/55-pekerja-asing-buruh-paksa-diselamatkan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PATI #Imigresen #buruhpaksa #JTK
Transcript
00:00Tidak menerima gaji sehingga 5 bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asin
00:08sebelum diselamatkan dalam opintas mega pemerdagangan orang di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Pekalan 2 Pusin Batu Gajah Perak pada Kamis.
00:19Operasi yang dijalankan oleh sepasukan 96 pegawai dan anggota polis bersama Jabatan Tenaga Kerja Perak dan Jabatan Alam Sekitar
00:27turut menyelamatkan 6 pekerja tempatan.
00:31Selain dieksploitasi sebagai buruh paksa ke semua pekerja yang terdiri daripada warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar itu juga berisiko menghidap penyakit
00:40apabila terpaksa bekerja dan tinggal di kawasan kilang yang dipenuhi habuk.
00:46Ketua Polis Perak Datuk Nur Hisam Nordin berkata,
00:48operasi yang bermula pada jam 11 pagi itu berjaya menyelamatkan mangsa berusia antara 19 hingga 45 tahun yang dipaksa bekerja di kilang perabot berkenaan.
01:00Selain daripada itu juga kita menjalankan tangkapan seorang lelaki China, warga negara tempatan
01:05sebagai majikan yang bertugas sebagai pengurus dan managing director syarikat ini.
01:17Maksa-masa ini telah bekerja dipercayai tanpa gaji.
01:22Gaji itu beberapa bulan gagal dibayar oleh majikan dan kita akan memproses untuk tindakan lanjut.
01:29Di bawah atas kerja 1955, di mana di bawah kawalan Jabatan Tenaga Kerja,
01:36kita telah mengesan antara kesalahan dia,
01:39tiada perakuan penginapan pekerja yang merupakan kesalahan di bawah seksyen 24D,
01:45di bawah atas standar-standar minimum perumahan dan penginapan dan kemudahan pekerja 1980,
01:50dan seksyen 90B atas kerja 1955,
01:54di mana berkaitan dengan force labor ataupun buruh paksa.
01:58Di samping itu, kita juga dapat mengesan kesalahan-kesalahan lain
02:03di antaranya berkaitan dengan seksyen 19 lewat bayar gaji,
02:07di mana kita dapati lebih kurang, ini kita perlukan siasatan selanjutnya
02:12daripada statement ataupun penyataan daripada pekerja-pekerja,
02:17lima bulan gaji tidak dibayar.
02:19Juga di bawah seksyen 60K, di mana kita dapati gagal,
02:23majikan gagal melaporkan pengajian pekerja asing ini
02:26kepada Jabatan Tenaga Kerja.
02:29Di bawah seksyen 24, juga kita dapati ada terdapat potongan-potongan
02:32daripada gaji yang sebelum ini, yang potongan yang tidak sah lah,
02:35di bawah akta kerja.
02:37Juga peraturan 8 berkaitan dengan tiada kontrak pekerjaan dibagi
02:40dan juga tiada penyata gaji.
02:42Itu antara kesalahan-kesalahan yang kita kesan di bawah akta kerja 1995.
02:45dan berkaitan dengan kemudian-kesalahan yang berkaitan.
02:48Terima kasih.
02:49Terima kasih.
02:49Terima kasih.
02:50Terima kasih.
02:50Terima kasih.
02:50Terima kasih.

Recommended