Kerajaan memutuskan untuk membenarkan pertukaran majikan merentasi sektor penggajian.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kerajaan memutuskan untuk membenarkan pertukaran majikan berhentasi sektor penggajian.
00:05Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jawatan kuasa bersama antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Stephen Sim mengenai pengurusan pekerja asing kali ke-13 bilangan 1 tahun 2025 pada Khamis.
00:22Saifuddin Nasution berkata sebelum ini kerajaan hanya membenarkan pertukaran majikan dalam sektor yang sama dengan syarat terdapat sama ada penstrukturan syarikat, penutupan syarikat, pembesaran syarikat atau atas kelulusan suatu jawatan kuasa yang dikendalikan Jabatan Tenaga Kerja.
00:42Katanya perubahan dasar ini akan memberi pelbagai manfaat bukan sahaja kepada kerajaan tetapi juga majikan dan pekerja asing.
00:49Selain itu, beliau berkata, mesyuarat turut bersetuju dengan syarikat Jabatan Imigresen Malaysia supaya perihal pengurusan memo periksa keluar atau check-out memo pekerja asing diperkasakan.
01:00Langkah ini mewajibkan majikan untuk hadir di pintu keluar antarabangsa bagi mengurus daftar keluar pekerja asing seperti mana majikan mengurus kemasukan pekerja asing.
01:08Jika gagal, majikan boleh dikenakan sekatan permohonan kuota baru dan sekatan urusan keimigresenan lain.
01:14Mesyuarat yang berlangsung selama 2 jam bermula 3 petang itu turut dihadiri Menteri Pertahanan dan Ketujamina Makanan, Datuk Seri Mamat Sabu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lekanisman Awang Sauni, Serta Pegawai Tinggi Kementerian.