Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meninjau lokasi tanah diceroboh di Raub dan menegaskan tindakan penguatkuasaan perlu diteruskan dengan berhemah dan berdisiplin.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Wiatuddin Al-Mustafa Bilashah berkenan turun padang meninjau lokasi tanah yang diceroboh dengan tanaman durian di Batu Tiga Sungai Ruan, Sungai Klau di Rauk, Pahang.
00:12Baginda memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda ke lokasi bercerun dan terletak di atas bukit itu dengan diiringi paduka anak anda, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Syah.
00:22Al-Sultan Abdullah bertitah meskipun pelbagai halangan yang dihadapi oleh pihak penguatkuasa, Baginda mahu tindakan penguatkuasaan diteruskan dan ditingkatkan dengan cara yang berhimah dan berdisiplin.
00:37Baginda terkejut apabila dimaklumkan 10,521 hektare atau 26,000 ekar tanah di Rauk telah diceroboh.
00:46Al-Sultan Abdullah mahu kerajaan negeri berkeras dalam hal ini serta harus mendapatkan penyelesaian terbaik dan secepat mungkin.
00:55Tegas Baginda lagi kegiatan ini tidak boleh dibiarkan sahaja di Rauk tetapi juga di seluruh Pahang.
01:00Baginda bertitah tindakan penguatkuasaan terhadap pencerobohan merupakan hala tujuh kerajaan dalam mengurus takbir hal tanah di negeri ini dengan lebih baik dan teratur.
01:10Sultan Pahang turut meluahkan rasa kesal dengan kawasan Cameron Highlands yang diterukai antaranya di Lembah Bertam yang bagi digambarkan sebagai hutan plastik.
01:20Al-Sultan Abdullah sebelum itu mendengar sembah taklimat daripada Ketua Unik Penguatkuasaan Negeri Pahang Saifullah Muhammad Ali yang berkongsi perancangan dan tindakan penguatkuasaan yang telah dan akan dilaksanakan terhadap lokasi diceroboh.

Recommended