Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
RimbaWatch gesa henti projek jalan raya jejas habitat liar

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali, sebuah badan pemantau alam sekitar, Rimba Watch, menggesa agar beberapa projek jalan raya yang didakwa menceroboh habitat hidupan liar sensitif dihentikan serta-merta.
00:11Projek-projek ini dikuatiri mengancam ekosistem semula jadi dan membahayakan keselamatan spesies yang terancam.
00:19Gesaan ini dibuat sesulan kematian seekor anak gajah kibat kemalangan di Leboraya Timur Barat di Gerik, Perak pada Ahad.
00:25Dalam satu kenyataan, pada selasa, Rimba Watch menggesa kerajaan supaya mengeluarkan arahan pemberhentian kerja secara kekal terhadap projek-projek jalan raya yang menceroboh kawasan ekosistem sensitif.
00:36Badan itu turut merujuk kepada tiga projek jalan raya yang telah melalui penilaian impak alam sekitar iaitu dua projek yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar pada tahun 2022 dan satu lagi yang diluluskan pada tahun 2023.
00:48Menurut Rimba Watch, kelulusan pada tahun 2022 melibatkan pembinaan Fasa 3A Jalan Kampung Pasiraja di Hulu Dungun dan Zon A Jalan Kampung Magdaling di Jerantut yang kedua-duanya menuju kesempatan antara Terengganu dan Pahang.
01:03Rimba Watch menjelaskan bahawa kawasan tersebut merupakan habitat utama pelbagai spesies kucing hutan termasuk harimau malaya selain gajah Asia dan tapir malaya yang turut tersenarai sebagai spesies terancam.
01:14Badan itu menyatakan bahawa kawasan berkenaan telah lama diwartakan sebagai hutan pelindungan dan dipercayai merupakan hutan dara yang tidak pernah mengalami penerbangan sebelumnya.
01:23Sebagai alternatif, Rimba Watch menggesa kerajaan persekituan agar menambah baik sistem pengangkutan awam luar bandar melalui peratifan semula laluan kereta api lama serta pembinaan rangkaian baharu yang memanfaatkan infrastruktur sedia ada.

Recommended