Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
BERNAS umum pelarasan harga Beras Putih Import kepada RM2,600 per tan metrik bermula 15 Mei 2025, sebagai langkah sokong keterjaminan makanan dan bantu kurangkan kos sara hidup rakyat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pada Beras Nasional Berhad Bernas hari ini memperkukuhkan peranannya sebagai rakan strategik keterjaminan makanan negara
00:06menerusi pelaksanaan pelarasan harga beras putih import BPI.
00:11Ia adalah selaras dengan pengumuman Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohd Sabu baru-baru ini.
00:18Bermula hari ini, harga BPI di semua pintu gudang bernas di semanjang Malaysia, Sabah dan Sarawak akan diselaraskan kepada RM2,600 per metriktan.
00:30Bagaimanapun, program subsidi BPI kerajaan bagi negeri Sabah dan Sarawak masih diteruskan seperti biasa.
00:37Bernas dalam satu kenyataan menjelaskan langkah proaktif ini mencerminkan komitmen berterusan Bernas
00:42dalam menyokong usaha kerajaan memastikan keterjaminan bekalan makanan negara
00:46serta mengurangkan impak kenaikan harga pasaran global.
00:50Ia secara langsung membolehkan pengguna untuk mendapatkan bekalan beras import pada harga yang lebih rendah
00:55dan sekaligus membantu mengurangkan kos sehari hidup rakyat.
00:58Bernas memberi jaminan bahawa bekalan di negara ini adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna
01:04dan menjelaskan bahawa beras putih juga diimport daripada negara lain seperti Vietnam, Thailand dan Myanmar.
01:11Pendekatan ini dibuat bagi memastikan bekalan beras negara adalah terjamin
01:15tanpa perlu bergantung kepada satu sumber dan dalam masa yang sama melindungi stok penimbal negara.
01:20Sebagai pelaksana perjanjian konsesi dengan kerajaan Malaysia,
01:24Bernas komited dalam melaksanakan tanggungjawabnya,
01:26mengurus stokpile secara mampan dan memastikan ketersediaan bekalan beras di dalam negara.

Recommended