ASEAN Cooperative Dialogue (ACD) 2025 bersetuju meluluskan empat resolusi kritikal bagi meletakkan gerakan koperasi dalam kalangan komuniti ASEAN.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Asian Cooperative Dialogue ACD 2025 bersetuju meluluskan empat resolusi kritikal bagi meletakkan gerakan koperasi dalam kalangan komuniti ASEAN.
00:10Empat resolusi itu adalah menginstitusikan Asian Cooperative Organization, ACO, sebagai sekretariat rasmi untuk menerajui gerakan koperasi di ASEAN dan dengan fokus utama kepada pelaksanaan dasar koperasi peringkat ASEAN dan global.
00:25Selain itu, menggalakkan jaringan strategik dan kerjasama serantau serta menyokong pelbagai aktiviti koperasi antara negara ASEAN.
00:35Ia termasuk penubuhan jatuan kuasa ASEAN bagi promosi dan kemajuan koperasi COPEC-ASEAN yang berperanan mengiktiraf kejayaan, mempromosikan perdagangan dalam kalangan negara ASEAN atau rentas sempadan dan mengukuhkan ekosistem keusahawanan koperasi global.
00:49Resolusi kedua ialah menubuhkan kementerian khusus atau badan kebangsaan di peringkat negara untuk koperasi yang merangkumi pembangunan dasar, penggubalan peaturan dan penjajaran strategik dengan keutamaan serantau di bawah ASEAN Community Vision 2025.
01:04Ketiga, mengiktiraf gerakan koperasi sebagai enjin pertubuhan ekonomi kemanusiaan di negara-negara ASEAN melalui rangka kerja Lestari Sosioekonomi Koperasi ASEAN yang inklusif oleh ECO.
01:15Resolusi terakhir bagi dialog itu adalah menubuhkan Institut Kepimpinan Koperasi ASEAN.
01:20Ia bagi mengukuhkan kepimpinan koperasi, pembangunan kapasiti dan jalinan kerjasama termasuk pembangunan pemimpin koperasi memperluas penyertaan golongan belia, wanita dan kumpulan minoriti dalam gerakan koperasi serta pergerakan bakat merentasi negara ASEAN.
01:36Sementerian itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan dalam ucapan malam gala ASEAN 2025 berkata,
01:44dialog itu permulaan kepada satu perjalanan ke arah masa depan lebih inklusif, berdaya tahan dan penyatuan untuk semua.
01:51Katanya ASEAN 2025 juga hadir tepat pada masanya ketika rantau itu merancang pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan serta gerakan koperasi berteraskan pembangunan untuk rakyat memainkan peranan penting dalam usaha itu.
02:06Terima kasih telah menonton!