Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Pengakuan salah tiga lelaki yang dipercayai anggota kumpulan muzik 'skinhead' memukul seorang vokalis kumpulan muzik tersebut ditolak selepas fakta kes dibacakan di Mahkmah Majistret, Johor Bahru pada Jumaat tidak diperakui, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.

Tertuduh, Samsul Muarif M Padal, 36; Mozlani Tukimon, 35 dan Muhammad Ahnaf Ab Rahman, 34, membuat pengakuan itu atas kesalahan yang didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728792/berita/semasa/pengakuan-salah-tiga-lelaki-pukul-vokalis-skinhead-ditolak

#SinarHarian #BeritaSemasa #kespukul #mahkamah
Transcript
00:00Pengakuan salah tiga lelaki yang dipercayai anggota kumpulan muzik Skinet memukul seorang vokalis kumpulan muzik tersebut ditolak selepas fakta kes dibacakan di makmah Magistrat Johor Bahru pada Jumaat tidak diperakui.
00:12Tertuduh Samsul Muarif M. pada 36 tahun, Mozlani Tukiman 35 tahun dan Muhammad Anaf Abdul Rahman 34 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistrat Nabilah Nizam.
00:26Bagaimanapun, selepas fakta kes dibacakan, Mozlani dan Muhammad Anaf tidak mengakui fakta kes berkenaan serta menafikan telah memukul mangsa menggunakan tong sampah.
00:37Mahkamah kemudian tidak menerima pengakuan salah mereka yang didakwa bersama-sama itu.
00:41Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga lelaki berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa Zaid Nazim Zainal Abidin 23 tahun menggunakan tong sampah aluminium sebagai senjata untuk menyerang yang mungkin boleh menyebabkan kematian.
00:56Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah gimnasium dekat Siti Plaza, Jalan Wadi Hana Johor Bahru kira-kira jam 10.30 malam, 10 Mei lalu.
01:06Mereka didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Sama dan Mahkamah menetapkan 17 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
01:17Terima kasih telah menonton!

Recommended