KKM mengesahkan situasi COVID-19 di Malaysia kekal terkawal dengan 11,727 kes direkodkan setakat ME19/2025, sambil meneruskan pemantauan aktif dan langkah pencegahan berterusan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Malaysia merekodkan sejumlah 11,727 kes COVID-19 di seluruh negara dari Minggu Epidemiologi ME1 sehingga ME19 2025 iaitu sehingga 10 Mei lepas.
00:15Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia KKM memaklumkan situasi jangkitan COVID-19 di Malaysia kekal terkawal dan berada di bawah paras amaran.
00:23KKM menyatakan bahawa tren penurunan kes harian telah berterusan sejak awal tahun dan masih menunjukkan corak yang stabil.
00:33Kes tertinggi dicatatkan pada minggu pertama tahun ini dengan 960 kes diikuti 1,229 kes pada ME2 dan ME3 2025.
00:45Tren kes terus menurun dan mencapai 210 kes pada ME15 menunjukkan kawalan penularan berada pada tahap yang positif.
00:52Bagi tempoh ME16 hingga ME19, jumlah kes mingguan yang direkodkan berada sekitar 600 kes seminggu.
01:02Jumlah ini masih di bawah paras ambang amaran dan langkah kawalan bersesuaian sedang dilaksanakan secara berterusan oleh pihak berkuasa.
01:10Pernyataan ini dikeluarkan susulan peningkatan kes COVID-19 yang ketara di beberapa negara jiran seperti Singapura dan Thailand.
01:17Di Singapura, lebih 25,900 kes jangkitan direkodkan dalam tempoh 5 hingga 11 Mei 2025 menurut Kementerian Kesihatan Negara itu.
01:26Thailand pula melaporkan lebih 1,700 kes baru pada minggu terakhir April meningkat lebih 150% berbanding minggu sebelumnya.
01:35KKM menasihatkan orang ramai untuk terus mengamalkan langkah pencegahan kendiri dan segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala jangkitan.
01:43KKM terus menggalakkan kumpulan berisiko tinggi untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan, komplikasi, serius dan kematian.