• last week
Dilarang memuat turun / memuat naik video ini tanpa kebenaran bertulis ke pihak Mingguan Wanita / Nu Ideaktiv & memuat naik ke mana-mana platform.

"Sebenarnya saya sudah lama menderita, jadi punching bag dan jadi seperti hamba dalam rumahtangga.

"Saya katakan kepada anak, rahsia saya didera ini perlu diketahui umum kerana sebelum ini ada pernah saya buat laporan polis tapi tiada tindakan lanjut.

" Tidak mudah "lari" dari masalah ini kerana suami janji nak berubah tapi masih buat lagi. Masa yang sama, saya juga menyimpan rahsia (dipukul) ini dari mak kerana tak mahu dirinya susah hati. Tapi sekarang syukur mak ada, sanggup naik bas dari Ipoh datang temani saya di Kuantan.

"Masa keluar dari rumah dengan hanya bawa satu beg kecil dan barang-barang buat pie serta anak kecil. Tiga lagi anak ada dengan suami dan saya tak tinggalkan mereka. Cuma tengah buat tuntutan penjagaan anak-anak di Mahkamah. Rumah saya duduki sekarang pun berjarak lima minit saja kerana sekolah anak-anak lagi dekat. Kereta pun saya tak ada kerana suami ambil semuanya. Doakan saya diberi kekuatan untuk bangkit demi demi sendiri dan anak-anak.

#mingguanwanita #sembangwanitaxtra #zahnita #rumahtangga

Category

People

Recommended