SUAMI AKU USTAZ - OFFICIAL TRAILER - Di pawagam pada 14/05/2015

  • 9 years ago
Mungkin ada yang belum tengok lagi filem ni, jadi admin upload untuk pengetahuan semua... =)

Senarai Barisan Pelakon Filem Suami Aku Ustaz :

Adi Putra sebagai Ustaz Hafiz
Nora Danish sebagai Alisa
Izzue Islam sebagai Johan
Betty Rahmad sebagai Wati
Jue Aziz sebagai Cikgu Liana
Liza Abdullah sebagai Mak Alisa
Razak Ahmad sebagai Ayah Alisa
Kamaliah Mat Don sebagai Umi Ustaz Hafiz

Penampilan khas :
Norman Hakim sebagai Pegawai Polis

Tarikh tayangan : 14 Mei 2015
Bahasa : Bahasa Malaysia
Genre : Cinta, Drama
Durasi : 94 minit
Klasifikasi : P13
Pelakon Utama : Adi Putra, Nora Danish, Izzue Islam, Betty Rahmad, Jue Aziz, Liza Abdullah, Razak Ahmad, Norman Hakim & Kamaliah Mat Don
Pengarah : Ghaz Abu Bakar
Pengarah Bersama : Adi Putra
Penerbit : Dato’ Wan Mohd Muzri (DM) & Datin Nur Syafira
Penerbit Eksekutif : Wan Mohd Ariff
Penerbit Penyelaras : Adi Putra (ADP)
: Hairi Zakaria (Maxiworks Solution)
Idea Asal & Penulis Skrip : Hannah Dhaniyah
Olahan Skrip & Lakon Layar : Adi Putra, Ghaz Abu Bakar, Fadzil Zahari & Helmi Jamil
Syarikat Penerbit : Karya Seni Production Sdn. Bhd
Syarikat Pengedar : Alternate Pictures Sdn. Bhd

Official Trailer : https://youtu.be/i0eVvSa8LRA
Official Facebook : www.facebook.com/FilemSuamiAkuUstaz
Twitter : Hastag #SuamiAkuUstaz
Official Penerbit: http://www.karyaseni.my


SINOPSIS FILEM :

Alisa (Nora Danish) dipaksa bernikah dengan sepupunya merangkap guru agama di sekolah menengahnya iaitu Ustaz Hafiz (Adi Putra) apabila ibu bapanya ingin mengerjakan haji. Hanya kepada Ustaz Hafiz sahaja tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi untuk menjaga Alisa sepanjang mereka di Mekah.

Dilema bermula setelah mereka berkahwin apabila Alisa perlu menyembunyikan statusnya di sekolah daripada diketahui oleh orang lain termasuk rakan baiknya sendiri, Wati (Betty Rahmad) dan Johan (Izzue Islam). Dalam dilema dan perbezaan usia yang ketara, Alisa juga terpaksa berdepan dengan pelbagai konflik untuk menerima Ustaz Hafiz sebagai suaminya.

Apa terjadi setelah rahsia status Alisa dengan Ustaz Hafiz terbongkar? Akan wujudkah cinta Alisa buat suaminya dan bertahankankah jodoh mereka berdua? Saksikan kesudahannya dalam Suami Aku Ustaz, filem adaptasi novel terlaris di pawagam bermula 14 Mei 2015!


SINOPSIS NOVEL:

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

Recommended