Cinta Karan - Episod 2 - 2/7/2015

  • 9 years ago
Cinta Karan - Episod 2 - 2/7/2015

Zul Ariffin dan Ayda Jebat sekali lagi bergandingan, kali ini untuk drama siri online Cinta Karan. Boleh saksikan drama ini di laman tonton.com.my. Bermula hari ini, 25 Jun setiap Khamis jam 11 pagi.

Cinta Karan Episod 2 :

Bermulalah adegan Aida membalas dendam ke atas Zul dan Bob. Setelah mengetahui yang Zul suka menonton TV di bilik media, Aida merancang sesuatu. Zul dan Bob menunggu dua orang pekerja Senheng memasang TV baru yang lebih besar menggantikan TV lama yang rosak. Setelah berpuas hati dengan pemasangan yang dilakukan, mereka meninggalkan bilik media tersebut. Seketika kemudian, Aida bersama Ellie dan Nadia datang dan mengambil kabel HDMI yang dipasangkan di TV tersebut. Pada sebelah malamnya, Aida ke kedai Senheng menukar pengering rambutnya yang rosak dan terserempak dengan Zul dan Bob yang sedang menonton TV dan Aida menyerahkan kabel yang diambilnya kepada Zul yang terpinga-pinga.

Layari : http://apps.tonton.com.my/cintakaran/


SINOPSIS CINTA KARAN :

Cinta Karan mengisahkan kisah cinta yang sangat unik di antara Zul (Zul Ariffin) dengan Aida (Ayda Jebat). Keunikan pasangan ini ialah, mereka saling kena-mengenakan (prank) di antara satu sama lain dari awal perkenalan hinggalah mereka masing-masing berkahwin. Kemuncak kemarahan Aida ialah selepas Zul menumpahkan makanan di atas kepalanya lalu operasi membalas dendam bermula. Setiap kali Zul cuba untuk menyampaikan isi hatinya, setiap kali jugaklah dia dikenakan lagi oleh Aida.

Ketika Zul ingin menyampaikan hasrat hatinya pada Aida, muncul seorang lelaki menjemput Aida dan ini membuatkan Zul kecewa kerana menyangka lelaki itu teman istimewa Aida. Hasrat Zul tercapai juga apabila berjaya menyampaikan yang dia sukakan Aida semasa bekerja sementara di Kedai Senheng. Aida datang ke kedai Senheng bersama lelaki tersebut untuk membeli barangan untuk persediaan perkahwinan. Semasa ditegur lelaki tersebut, barulah Zul tahu yang mereka berdua adalah abang dan adik. Zul mencari Aida dan menyampaikan isi hatinya. Apakah reaksi Aida…???

Recommended