20 mat rempit ditahan sekitar Kajang

  • 7 years ago
Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Operasi lalu lintas yang dijalankan polis bagi membanteras kegiatan lumba haram di sekitar Kajang menahan lebih 20 individu dengan 17 motosikal disita. Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Willey Richard, berkata pihaknya turut mengenal pasti dua kumpulan samseng jalanan yang bergiat aktif di kawasan terbabit.