"Akhirnya GST sudah mati"

  • 6 years ago
Persidangan Dewan Rakyat semalam meluluskan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan tiga tahun lepas.

Rang Undang-undang (RUU) Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 itu diluluskan menerusi undian suara selepas dibacakan buat kali ketiga oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di peringkat jawatankuasa.

Lim ketika membacakan RUU kali ketiga secara berseloroh berkata: “Akhirnya GST sudah mati.”

Terdahulu, ketika menggulung perbahasan RUU berkenaan, Lim berkata Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bakal diperkenalkan semula pada September ini adalah lebih mudah dan membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat berbanding GST yang dikenakan pada pelbagai peringkat.

Recommended