'Semangat Cameron Highlands sudah timbul di Semenyih'

  • 5 years ago
Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri percaya "semangat baru" yang diperoleh BN dari kemenangan di pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands sebelum ini diteruskan di PRK Semenyih.

Ismail berkata, perkara itu akan berlaku meskipun kedua-dua kawasan PRK mempunyai demografik pengundi yang berbeza.

"Semangat Cameron Highlands nampaknya sudahpun timbul di Semenyih.

"Kemenangan di Cameron Highlands saya percaya memberi semangat baru kepada ahli Umno dan jentera Umno dan keyakinan lebih tinggi apabila kita menang besar di Cameron Highlands," kata Ismail dalam sebuah klip video akaun Youtube 'Sahabat Gunung' hari ini.

Pada PRK Cameron Highlands 26 Jan lalu, BN berjaya mempertahankan kerusi itu dengan 3,238 majoriti undi, yang merupakan kenaikan ketara berbanding kemenangan tipis (597 majoriti undi) gabungan itu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Recommended