Cukai minuman bergula ditangguhkan kepada 1 Julai

  • 5 years ago
Pengenalan duti eksais untuk minuman bergula yang sepatutnya dimulakan pada 1 April ini ditunda kepada 1 Julai 2019.Ketua Pengarah kastam Subromaniam Tholasy berkata langkah itu diambil bagi memberi masa cukup kepada pihak industri untuk membuat persediaan.Dalam kenyataan hari ini, Subromaniam juga berkata kerajaan juga menaikkan nilai ambang kandungan gula daripada 5 gram per 100 mililiter kepada 7 gram bagi produk berasaskan susu yang mengandungi laktosa.Ia bagaimanapun tidak termasuk susu soya.

Recommended