'Mari jadikan sekolah kebangsaan hebat semula'

  • 5 years ago
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembaharuan yang lebih besar mengenai pendidikan sedang berjalan dalam usaha untuk menjadikan sekolah kebangsaan hebat semula dan seterusnya menyediakan tenaga kerja yang berkualiti dalam memastikan kemapanan ekonomi negara.Perdana Menteri berkata pasukan petugas khas telah dibentuk untuk mengkaji keseluruhan dasar pendidikan kebangsaan, dari prasekolah hingga pendidikan tinggi dan penemuan mereka dijangka siap pada bulan depan."Pembaharuan itu antara lain, akan menyentuh beberapa bidang utama termasuk bahasa Inggeris, kualiti guru dan kebolehpasaran graduan," katanya dalam ucaptama di Invest Malaysia 2019, di Kuala Lumpur, hari ini.Beliau berkata kerajaan juga berhasrat untuk menghasilkan modal insan yang e-Ready dan e-Fit.Visi itu, katanya adalah untuk menghasilkan graduan masa depan yang berkualiti dan graduan yang didorong oleh tiga nilai yang memberi penekanan kepada nilai-nilai pendidikan; meningkatkan kualiti di seluruh sistem dan lebih banyak autonomi dan akauntabiliti.

Recommended