'Saya tak fikir soal abu itu harus jadi terlalu hangat'

  • 5 years ago
Isu abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), mendiang Chin Peng yang dibawa balik ke negara ini tanpa kebenaran tidak sepatutnya menjadi hangat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Meskipun memahami perasaan dan sensitiviti tentera dan polis yang sebelum ini berjuang berdasarkan sejarah, namun Presiden PKR itu berkata, negara kini telah mencapai perdamaian.

“Yang itu sekarang ini telah disiasat oleh polis, saya ini ambil pendirian yang lebih lunak maknanya tahu sejarah, tahu masalah kekejaman, tahu perlawanan, tahu sensitiviti dan tahu perasaan tentera dan polis tetapi juga tahu bahawa kita dah capai perdamaian, Tun Razak telah mula berunding dengan Chou En Lai (Perdana Menteri China) dan Datuk Seri Najib ada hubungan baik dengan Parti Komunis China dan kerajaan China, Tun Mahathir Mohamad teruskan, saya pun jumpa Parti Komunis China.

“Jadi, saya tak fikir soal abu itu harus jadi terlalu hangat, sudahlah,” kata Pengerusi kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen itu hari ini.

Recommended