Sambil tunggu pesanan diambil, penghantar makanan tunjuk bakat main piano

  • 4 years ago
Setiap manusia mempunyai bakat dan kelebihan tersendiri yang boleh digilap. Begitulah kisah yang dialami oleh seorang pengguna Twitter, Amirullah apabila tindakannya bermain piano secara suka-suka akhirnya mendapat perhatian netizen selepas videonya viral di media sosial.

Video yang berdurasi 0:32 saat itu memaparkan seorang pemuda yang juga bekerja sebagai penghantar makanan sedang bermain piano di salah sebuah lokasi penghantarannya. Menurut Amirullah, selepas menghantar makanan kepada pelanggan dia yang sedang menuju ke motosikalnya tiba-tiba ternampak sebuah piano yang berada di situ.

Dia kemudian mengambil peluang itu untuk cuba bermain piano dengan memainkan lagu Kisah Cinta Kita oleh Hafiz Suip dan Havana nanynian Camelia Cabello.

Namun, tanpa disedari tindakannya itu telah dirakam oleh individu yang berada di situ iaitu Izat Yuan. Lebih mengejutkan apabila video Amirullah ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen sebaik sahaja video tersebut dimuatnaik dan viral di media sosial.