Kadar upah tak adil, penghantar makanan rancang mogok 24 jam

  • 2 years ago
Perkhidmatan penghantaran makanan di seluruh negara mungkin mengalami gangguan hari ini apabila penghantar makanan untuk beberapa syarikat utama merancang untuk melancarkan mogok 24 jam, mulai malam tadi.

Jurucakap salah satu kumpulan itu berkata, mogok berkenaan yang digelar 'Food Delivery Blackout', berpunca daripada dakwaan skala pembayaran tidak adil yang digunakan oleh syarikat perkhidmatan penghantaran makanan.