'Sarawak akan jadi negeri pertama selesai vaksinasi' - KJ

  • 3 years ago
Program vaksinasi Covid-19 di Sarawak akan dipercepat untuk memastikan pilihan raya negeri (PRN) dapat diadakan dengan selamat sekiranya darurat ditamatkan pada 1 Ogos.

Pada sidang media di Kuching, Sarawak petang ini, menteri yang bertanggung jawab ke atas program vaksinasi negara, Khairy Jamaluddin mengumumkan sejumlah langkah yang akan membantu meningkatkan kadar purata vaksinasi menjadi 45,000 suntikan setiap hari.

Ini akan memastikan negara Malaysia Timur dapat mencapai sasaran vaksinasi orang dewasa pada akhir bulan Ogos.

Recommended