#KomunitiAWANI: Selangor Royal Heritage Trail galakkan anak muda kenali sejarah

  • 2 tahun lalu
#KomunitiAWANI 23 Ogos 2019 menampilkan penyanyi, Ismail Izzani sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI.

Episod kali ini bermula dengan sebuah tempat tumpuan komuniti di Batu Pahat untuk beriadah iaitu Litar Pump Track yang dibina khas buat aktiviti berbasikal. Selepas itu, kita akan saksikan pula cerita tentang Selangor Royal Heritage Trail bagi memperkenalkan pelancongan berbentuk sejarah atau ‘Tourism History’ kepada anak-anak muda. Kemudian, kita lihat pula langkah yang diambil oleh Sekolah Menengah Maktab Sabah bagi memupuk masyarakat untuk makan buah-buahan melalui Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan. Kita juga akan lihat pendekatan oleh PDRM Pulau Pinang untuk mengajak masyarakat mainkan peranan dalam perangi jenayah melalui Program Kesedaran Pencegahan Jenayah dan turut mengedarkan buku ‘Avoid Becoming A Victim of Crime: Insight & Tips for a Safer You’ kepada sekolah-sekolah di Pulau Pinang.

Disyorkan