Ini cerita feri Pulau Pinang di tahun 2020

  • 2 tahun lalu
Kecekapan pengangkutan awam merupakan antara salah satu aspek yang
dititikberatkan dalam proses urbanisasi terutamanya apabila melibatkan kawasan berkepadatan tinggi seperti Bandaraya Pulau Pinang.

Ini antara faktor Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk menggantikan feri-feri Pulau Pinang dengan feri-feri baharu, sama seperti yang digunakan di negera-negara maju.

Begitupun nostalgia yang berakar lama membuatkan sukar bagi warga bekas tanah koloni Inggeris ini mengucapkan salam terakhir buat perkhidmatan Feri Pulau Pinang.

Category

😹
Fun

Disyorkan