Pembinaan Jambatan unik yang juga sebahagian projek ECER itu membabitkan kos RM248 juta dan menjadi mercu tanda ikonik baharu yang pertama seumpamanya di tanah air dan Asia Tenggara.Jambatan sepanjang 638 meter dengan ketinggian 12.5 meter dari aras laut yang menghubungkan muara selatan di pusat bandar Kuala Terengganu (Tanjung) dan muara utara di Seberang Takir itu adalah komponen dalam pembangunan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (KTCC). Mula dibina pada Ogos 2014, jambatan angkat terpanjang di dunia itu yang disokong dua menara setinggi 15 tingkat di bahagian kiri dan kanan dan boleh diangkat di bahagian tengah untuk laluan kapal bakal menjadi satu lagi tarikan pelancongan dari dalam dan luar negara. Mari kita ikuti laporan yang disediakan oleh wartawan Awani Junior, adik Muhammad Amirul Aqil Zulfadzal,16 dari SeNILAMTV PSS Almumtazin SMK Seri Nilam Kuala Terengganu yang mengikuti lawatan bermaklumat ke Terengganu Drawbridge baru-baru ini.
Category
😹
Fun