• 2 years ago
Pasar terapung kedua yang ada di negeri Cik Siti Wan Kembang ialah di Pengkalan Datu, Sering, Pengkalan Chepa yang juga dikenali sebagai 'Pasar Tani Pelancongan'.Ia mula dibuka kepada orang ramai pada 9 September 2017. Ia beroperasi hanya pada setiap hari Sabtu bermula pukul 8 pagi hingga 2 petang.
Selain makanan dan barangan, rata-rata pengunjung ke sini adalah bagi mendapatkan pelbagai jenis hidupan laut segar yang baru ditangkap nelayan.Pasar terapung yang terletak hanya 7 kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa dan 10 kilometer dari Kota Bharu ini juga bakal dimeriahkan lagi dengan pembinaan chalet-chalet dan penternakan ikan dalam sangkar.
Mari kita ikuti bingkisan yang disediakan oleh adik Nur Ain Abdullah,15 dari TVPSS SeNILAMTV PSS Almumtazin SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu, Terengganu.

AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.

Category

😹
Fun

Recommended