Terima kasih tiada undi tidak percaya - Adly

  • 2 tahun lalu
Desas-desus bakal berlaku usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari pada persidangan ketiga (Bajet) penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14 hari ini, meleset apabila sesi penggulungan bajet itu berjalan aman tanpa sebarang provokasi.
Mengakui khabar angin berkenaan meresahkan pelbagai pihak termasuk rakyat, Adly berkata ini merupakan signal bagi kerajaan negeri dibawah pimpinan beliau mengembleng usaha dalam memastikan kesejahteraan rakyat biarpun diasak oleh pelbagai pihak.

Disyorkan